Kit Segitiga Awesome johan inovasi Pendidikan Murid Orang Asli

Kit Segitiga Awesome johan inovasi guru Karnival Pendidikan Murid Orang Asli

AZIZUL Abdul Aziz bersama hadiah kemenangan pertandingan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Inovasi Guru dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin. – MINGGUAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan Asli, Petaling Jaya, Selangor, Azizul Abdul Aziz, 40, dinobatkan sebagai Johan Pertandingan  Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Inovasi Guru dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan 2023 di Nilai, di sini kelmarin.

Ia menerusi idea kit Segitiga Awesome yang bukan hanya membantu murid memahami dengan lebih cepat bagi menguasai operasi matematik malah turut  membantu guru matematik lain. Azizul berkata, kit yang
diinovasikan itu bagi menguasai anu operasi matematik.

Isu berkenaan bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah masyarakat Orang Asli tetapi di sekolah harian lain.

“Alhamdulillah ia memberi impak yang baik kepada murid Orang Asli dan kemenjadian bertambah baik serta mudah  difahami bagi menguasai operasi matematik,” katanya ketika ditemui.

Karnival yang berlangsung dari 5 hingga 8 September itu dirasmikan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Azizul dalam pada itu berpandangan, ibu bapa dalam kalangan masyarakat Orang Asli sudah mula mementingkan tahap pendidikan anak-anak mereka.

“Sebagai guru, saya melihat ibu bapa dan murid sudah mahu mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik dengan pergi ke sekolah supaya dapat dapat menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi,”
katanya.

Dalam pada itu, murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Segamat Kecil, Johor, Nawal Husna Nazrun, 8, muncul johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu pada karnival tersebut.

“Saya membuat latihan gaya bercakap di rumah dibantu oleh ibu dan guru-guru juga banyak membantu bagi membolehkan  saya menyertai pertandingan bercerita pada kali ini.

“Saya amat teruja memenangi pertandingan ini dan berhasrat memasuki pertandingan bercerita lain selepas ini,” katanya.

Sementara itu, johan keseluruhan Karnival Pendidikan orang Asli dan Pribumi Peringkat  Kebangsaan Tahun 2023 telah dianugerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN