Khaled kecam Muhyiddin keluar fatwa ‘haram’ undi calon PH

Khaled kecam Muhyiddin keluar fatwa ‘haram’ undi calon PH

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengecam tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan fatwa bahawa ‘haram’ mengundi calon parti Kerajaan Perpaduan. 

Beliau turut menempelak Ahli Parlimen Pagoh itu yang sewenang-wenangnya mengambil tugas mufti. 

“Wah, dia lah org politik, dia lah mufti, lain kali Malaysia bukan sahaja tak payah pilihan raya, tak payah panggil Parlimen bersidang,” tulisnya di platform X (Twitter) hari ini. 

Menteri Pendidikan Tinggi itu mengulas demikian merujuk kepada satu video yang tular dalam media sosial hari ini yang menyaksikan Muhyiddin mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. 

“Jangan bagi satu undi. Saya bagi hukum haram. Ada esok cabar saya ikut fatwa mana…tak boleh (undi calon PH) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang…sembilan bulan sudah berlalu…ujian.

“Macam soal kenaikan harga. Sebab itu waktu PRK kita tunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawa kami yang berada di Pulai akan tentang habis-habis Anwar Ibrahim.. dan tidak akan beri satu undi kepada pihak, parti yang menentang saudara (calon PN) Zulkifli, boleh atau tidak?” kata Muhyiddin menerusi video itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN