Keterangan beberapa saksi diambil polis selepas Ebit Lew dakwa

Polis siasat ebit, keterangan saksi sudah diambil

ebit lew
EBIT Lew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan laporan yang dibuat itu berkait dengan kesalahan apa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telah dimulakan.

Dalam pada masa sama, polis hari ini juga mengesahkan menerima laporan daripada Ebit Lew yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular dalam media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi.

Katanya, mangsa mendakwa dirinya telah difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat lalu.

“Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

“Video memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian video yang tular di media-media sosial.

“Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” jelasnya.

Terdahulu, Ebit Lew dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa satu laporan polis dibuat selepas mendakwa dirinya dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan tersebut baru sahaja dibuat setelah tiba dari Jeddah, Arab Saudi sekitar pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya