Kereta hilang kawalan punca kemalangan babit suami isteri

Kereta hilang kawalan punca kemalangan babit suami isteri

HILANG kawalan dikatakan punca kemalangan maut selepas kereta Honda City yang dinaiki suami isteri bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hilang kawalan dipercayai punca kemalangan dua kenderaan sehingga mengorbankan pasangan suami isteri yang rentung terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Garing, Rawang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 4.30 pagi itu berkaitan kemalangan itu.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa lelaki berusia 26 tahun memandu kereta Honda City bersama isterinya dari arah Bandar Country Homes menghala ke arah Rawang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun yang datang dari arah Rawang menghala ke Bandar Country Homes.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua kenderaan telah terbakar. Mangsa dan isterinya berusia 23 tahun tidak dapat diselamatkan dan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, pemandu lori berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua- dua mangsa warga tempatan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya