Kerajaan tubuh pasukan khas tingkatkan kedudukan CPI

Kerajaan tubuh pasukan khas tingkatkan kedudukan CPI

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan satu pasukan khas bagi mencapai merealisasikan sasaran mencapai tempat ke-25 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam jangka masa 10 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pasukan khas tersebut akan diselaraskan oleh Bahagian Perancangan Governans Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“CPI bukan sekadar melibatkan tangkapan dan pendakwaan rasuah. Dalam sembilan tinjauan CPI yang turut melibatkan berkenaan pengukuhan demokrasi, keazaman politik, hak asasi manusia, daya saing ekonomi, penguatkuasaan serta amalan tatakelola baik yang mana ini memerlukan komitmen semua pihak, termasuk ahli-ahli Parlimen.

“Bagi menggerakkan usaha untuk mencapai sasaran ini, mesyuarat pasca Kabinet pada Ogos 2023 telah bersetuju supaya usaha untuk meningkatkan CPI Malaysia dibincangkan lebih lanjut secara bersama.

“Sehubungan itu pasukan khas akan ditubuhkan bagi membincang dan mencari jalan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI,” katanya dalam persidangan Dewan Negara, hari ini.

Pada masa kini, Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 diperoleh pada tahun 2021.

Sementara itu, Ramkarpal berkata, keseriusan kerajaan untuk memperkukuh tatakelola dan membanteras rasuah diterjemahkan melalui dua anjakan besar yang digariskan dalam Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).

“Pertama, tatakelola yang rangka kerja institusi serta perundangan berkaitan rasuah. Reformasi perundangan yang sedang diteliti pada masa kini termasuk penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

“Kedua, penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan, Akta Kebebasan Maklumat dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda sewajarnya.

“Kerajaan Madani akan sentiasa melipat kali gandakan segala usaha yang pragmatik dan membanteras gejala rasuah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya