Kerajaan sedar isu kenaikan harga barang - Utusan Malaysia

Kerajaan sedar isu kenaikan harga barang

ANWAR Ibrahim pada majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH Tun Razak hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui wujud keresahan mendesak dalam kalangan rakyat berhubung kenaikan harga barangan yang memberi kesan kepada perbelanjaan dan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan (MOF) sedia menampung dan meneruskan bantuan tambahan bagi mengimbangi kesan kenaikannya.

“Saya sudah minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan (Mohd Ali) dan (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Fuziah (Salleh) beri perhatian.

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan. Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.

“Negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang umpamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani. MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN