ALOR GAJAH: Kira-kira 32 nelayan bimbang keselamatan mereka berikutan kemunculan buaya yang kerap di pangkalan Nelayan Tanjung Dahan, dekat sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil nelayan, Mat Zain Leper, 54, berkata, bukan sahaja nelayan yang ternampak buaya di kawasan tersebut malah orang ramai yang berada di sepanjang pantai itu juga melihat kelibat reptilia itu. Menurutnya, kekerapan reptilia itu muncul dan lalu di hadapan pangkalan itu berlaku sejak awal tahun ini.…










