PETALING JAYA: “Lain kali boleh datang lagi bermain golf di sini. 18 lubang tidak cukup, mesti sekurang-kurangnya 36 lubang atau paling puas hati, tinggal di sini tiga hari, main semua 54 lubang,” ujar seorang kawan sebaik sahaja selesai bermain 18 lubang di lapangan Cempaka.
Ternyata, bukan dia seorang sahaja berasa begitu, malah beberapa kawan lain juga belum puas beraksi. Dua lagi lapangan iaitu Allamanda dan Melati harus dirasai cabarannya.
Begitulah daya tarikan yang ada di Palm Resort Golf & Country Club (Palm Resort), Senai, Johor Bahru. Memiliki 54 lubang – Allamanda, Cempaka dan Melati, yang mana Allamanda dan Cempaka dikenali sebagai Championship Course (lapangan kejohanan).
Justeru, jika anda datang ke Johor, singgahlah di Palm Resort kerana di sini menjanjikan kepuasan bermain golf sama ada anda beraksi di Allamanda, Cempaka atau Melati.
Padang 54 lubang yang menakjubkan ini adalah hasil rekaan Hiromasa Inagawa dan diubah suai pula oleh Ronald Fream. Ia pastinya menguji skil pemain dalam usaha mencipta birdie atau par kerana ketiga-tiga lapangan tersebut mempunyai karektornya yang tersendiri dan cabaran yang berbeza.
Dengan hamparan rumput serangoon di fairway dan bermuda tiftward di green, lapangan Alamanda, Cempaka dan Melati ini bakal menyemai memori pahit manis kepada pemain terutama sekali di lapangan Cempaka yang berbukit, mencabar dan agak panjang.
Jika anda pertama kali bermain di Cempaka atau Allamanda, disarankan anda bermain lebih kepada strategi bagi mengelak bola anda masuk kolam atau hutan. Jika anda bermain tanpa golf management, pastinya anda berdepan dengan keputusan mengecewakan kerana bola anda yang tersasar dari lapangan akan terjunam ke kolam atau masuk hutan (ob/hazard).
Lapangan kejohanan
Pengurus Kelab Palm Resort Golf & Country Club, Abdul Malek Musa berkata, sememangnya lapangan Allamanda dan Cempaka menjadi pilihan ramai pemain kerana kedua-dua lapangan ini menjadi lokasi penganjuran kejohanan seperti World Amature Golf Championship (WAGC), ADT, PGM Johor dan banyak lagi.
Katanya, Palm Resort sentiasa menerima ramai pemain, bukan sahaja pemain tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Singapura, Kanada, Jepun dan Korea.
“Seperti yang kita tahu bahawa ketika musim di Korea, ramai rakyat mereka datang bermain di Malaysia. Palm Resort juga tidak terkecuali menerima tempahan daripada mereka.
“Seramai 250 pemain Korea yang datang bermain golf dan menginap di sini selama dua bulan,” katanya ketika ditemui Utusan Online di Palm Resort, baru-baru ini.
Pelbagai fasiliti
Jika anda datang bermain golf di sini, tidak usah pening untuk mencari tempat bermalam kerana Palm Resort turut menyediakan resort untuk pemain menginap di sini. Pendek kata, pemain tidak perlu ke mana-mana, hanya tidur dan bermain golf di sini.
Di resort ini terdapat 330 bilik selain fasiliti seperti pusat sukan (sport centre) – boling, tenis, skuasy, biliard dan snuker, bilik mahjong, kolam renang bersaiz olimpik, futsal, gim, studio fitness, pusat permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
“Kita juga ada tempat untuk syarikat-syarikat kerajaan dan juga swasta menjalankan aktiviti seperti team building, hari keluarga dan pelbagai lagi. Pendek kata, jika anda menginap di Palm Resort ini, pastinya anda puas kerana semuanya ada.
“Inilah kelebihan di Palm Resort kerana dilengkapi dengan semua keperluan pelanggan. Anda tidak perlu ke tempat lain. Malah jika anda dari Lapangan Terbang Senai, hanya mengambil masa lima minit untuk sampai di sini,” jelas Abdul Malik lagi.
Pelbagai jenis masakan
Selain itu, Palm Resort juga turut menyediakan pelbagai jenis masakan kepada pengunjung yang datang sama ada dari dalam negara mahupun luar negara.
Menurut Abdul Malik, semua menu makanan akan dimasak oleh chef berpengalaman luas, baik bagi penyediaan hidangan ala Korea, China, barat mahupun kampung dan harga yang dikenakan amat berpatutan.
Kesimpulan yang dapat diputuskan daripada hasil merasai sendiri bermain golf di Palm Resort ini, ternyata anda pasti tidak akan kecewa dengan kondisi lapangan dan green yang terbaik ditambah lagi dengan segala fasiliti yang ada.
Senang cakap, kalau hendak main golf tiga round (tiga hari 18 lubang berbeza), Palm Resort adalah lokasi yang tepat untuk anda kunjungi kerana di sini anda tidak perlu ke mana-mana. Menginap sahaja di resort ini dan selepas sarapan pagi, anda boleh terus ke buggy dan melakukan tee off.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 07-5996000 atau melalui e-mel [email protected]. – UTUSAN
INFO
PALM RESORT GCC GOLF RATES 2023
————————————–
(L) – Local
(NL) – Non Local
VISITOR
Weekdays – RM160 (L) | RM190 (NL)
Weekends AM – RM330 (L) | RM360 (NL)
Weekends PM – RM285 (L) | RM315 (NL)
—————————————–
MEMBER GUEST
Weekdays – RM145 (L) | RM175 (NL)
Weekends AM – RM240 (L) | RM270 (NL)
Sat PM – RM220 (L) | RM250 (NL)
Sun PM – RM180 (L) | RM210 (NL)
—————————————–
GOLF PROMOTIONS
Weekdays Senior – RM98 (L) | RM128 (NL)
Monday Promo – RM98 (L) | RM128 (NL)
Friday Frenzy – RM98 (L) | RM128
Harga Bilik & Jenis
Premium Deluxe – RM250 semalam + sarapan pagi 2 orang
Deluxe – RM180 semalam + sarapan pagi 2 orang