Jasa Raymond dikenang - PM

Jasa Raymond dikenang – PM

RAYMOND GOH -SUMBER/Fb Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jasa penyampai berita, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd Zaman Goh Abdullah kepada dunia penyiaran akan dikenang buat selama-lamanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia penyiaran akan merindui Allahyarham setelah berkhidmat dalam bidang itu lebih 30 tahun

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau Mohd. Zaman Goh yang meninggal dunia pagi tadi.

“Mendoakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya,” katanya menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Raymond dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada pukul 10.40 pagi tadi selepas menghadapi serangan strok pada bulan lalu.

Berita tersebut dimaklumkan isteri beliau, Faridah Teh dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan kesedihan yang mendalam dan berat hati kami mengumumkan pemergian Raymond

Goh @ Muhammad Zaman Goh Abdullah yang menyentuh hati ribuan orang dalam negara ini,” katanya.

Menurut Faridah, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

Dalam pada itu, beliau mewakili keluarga Allahyarham merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakannya dan para penyokong atas lsokongan sepanjang tempoh yang mencabar itu.

Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar pada 30 Ogos lalu.

Beliau yang memulakan kerjaya sebagai penyampai berita telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.awam –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya