Jangan terpengaruh dakyah 'BN kalah Pelangai tetap jadi kerajaan

Jangan terpengaruh dakyah ‘BN kalah Pelangai tetap jadi kerajaan’ -Ismail Sabri

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Para pengundi diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah kedudukan Kerajaan Perpaduan Pahang tidak akan tergugat jika Barisan Nasional (BN) kalah di Pelangai.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persepsi itu sengaja ditimbulkan oleh pihak lawan supaya para pengundi terpengaruh dan tidak keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Malah, katanya, pihak lawan didakwa cuba menimbulkan persepsi undi protes dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO agar mereka mengundi selain BN.

“Jangan terperdaya dakyah iaitu ‘BN dan UMNO kalah, tetap jadi kerajaan’ itu dakyah mereka supaya pengundi leka, mengundi parti lain atau tidak keluar mengundi.

“Pengundi di Pelangai jangan kira apa yang mereka bawa, pastikan kita menang dan hari pengundian mesti keluar mengundi. Saya harap semua keluar mengundi nanti,” katanya ketika ditemui selepas program turun padang ke Felda Sungai Kemahal di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat dilaporkan berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan di Pahang tidak tergugat sekalipun PN berjaya menang PRK DUN Pelangai.

Beliau berkata, sebaliknya ia boleh memberi satu tekanan besar kepada BN selaku parti terbesar kerana gagal mengekalkan penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Buat masa ini, BN dan PN masing-masing mempunyai 17 kerusi manakala PH pula memiliki lapan kerusi DUN selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu.

Mengulas dakwaan Tuan Ibrahim bahawa Felda bukan lagi kubu kuat UMNO, Ismail Sabri yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera berkata, pihaknya masih menganggap kawasan Felda sebagai deposit simpanan BN.

“Misalnya di Pelangai, tiga kawasan Felda semasa PRU15, kita menang walaupun tempat lain kalah. Itu pandangan beliau, daripada segi BN, kita masih anggap Felda kubu kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, gelombang hijau yang dibawa PN tidak sampai ke Pahang termasuk Pelangai setelah melihat sokongan rakyat terhadap BN bermula hari kempen pilihan raya.

Katanya, BN mampu mengekalkan kemenangan Pelangai di samping sejarah membuktikan kerusi DUN itu merupakan kubu kuat BN dan UMNO sejak dahulu sehingga kini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN