Jangan mulakan projek tambak sehingga rayuan nelayan didengar JAS - Utusan Malaysia

Jangan mulakan projek tambak sehingga rayuan nelayan didengar JAS

PEMIMPIN PRM Pulau Pinang dalam sidang akhbar menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menjalankan kerja-kerja awal projek tambakan laut PSI di George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa tidak menjalankan kerja-kerja awal projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI) sehingga rayuan dikemukakan nelayan berhubung kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek itu didengar Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Naib Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang, Ravinder Singh berkata, kerajaan negeri sedar nelayan di Teluk Kumbar telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan JAS untuk menyemak semula kelulusan EIA pada 11 April lalu.

Jelasnya, rayuan itu belum didengar dan jika kedaulatan undang-undang dipatuhi, kerja projek tersebut tidak harus dimulakan sehingga keputusan rayuan dimuktamad.

”Oleh itu, sekiranya kerja-kerja penambakan dimulakan sebelum proses rayuan dijalankan, ia seperti menghina proses undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) untuk projek ‘Silicon Island’ bagi projek PSI telah memperoleh kelulusan rasmi daripada JAS Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.

Kon Yeow berkata, ia susulan kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek PSI yang telah diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11 April lalu.

Bagaimanapun, Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara) mengemukakan rayuan kepada JAS berhubung kelulusan EIA projek PSI.

Menurut Ravinder, pihaknya menyeru kerajaan negeri menghormati prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) mereka sendiri dan menunjukkan akauntabiliti dengan mengelak daripada melakukan sebarang kerja penambakan sementara rayuan nelayan belum selesai.

“Bayangkan apa akan jadi sekiranya projek penambakan laut telah bermula dan keputusan Lembaga Rayuan JAS memihak kepada nelayan.

“Adakah tanah-tanah laut yang telah ditambak dapat diselamatkan semula, sudah tentu ia tidak akan berlaku,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak boleh hanya berpihak dan mementingkan pemaju projek PSI bebanding suara nelayan serta rakyat yang menolak projek tersebut.

“Oleh itu, kami berharap kerajaan negeri tidak memulakan kerja-kerja tambakan projek PSI hingga rayuan nelayan didengar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya