Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis minta dua individu tampil bantu siasatan 

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis minta dua individu tampil bantu siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menggesa dua individu segera  tampil  untuk dirakam percakapan berhubung pembabitan mereka dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara pada 16 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya setakat ini telah merakam percakapan seramai 27 daripada 29 individu yang diminta tampil berhubung perhimpunan itu.

“Kita sudah merakam percakapan semua kecuali dua orang ini yang gagal hadir untuk membantu siasatan.

“Jadi harap dua orang ini tampil dan jika gagal, kita akan keluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Itu pilihan terakhir, jadi hadirlah dan beri kerjasama,” katanya selepas Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur di hadapan KLCC hari ini.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan tiga individu yang enggan memberi kerjasama untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN