RUU dana politik: Tujuh perkara dipertimbang Dewan Rakyat 

Dewan Rakyat: Tujuh perkara dipertimbang berkaitan RUU Pendanaan Politik

Azalina Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju supaya skop dasar Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr. Azalina Othman Said berkata, perkara itu diangkat untuk pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 13 September lalu. 

Katanya, terdapat tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan RUU pendanaan politik antaranya bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. 

“Antaranya pertimbangan tersebut ialah peranan pengawalseliaan dilaksana oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali. 

“Pertimbangan seterusnya bagi membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhadap ketika pilihan raya sahaja. 

“Pertimbangan lain juga bagi mengawal selia sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik, calon pilihan raya (termasuk calon bebas) dan ejen pilihan raya,” katanya semasa sesi jawapan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Kata Azalina, pertimbangan itu juga supaya sumbangan politik dalam apa jua bentuk daripada entiti luar negara tidak dibenarkan.

“Selain itu, pertimbangannya supaya terdapat penetapan berhubung jumlah sumbangan yang dibenarkan dan perlu diisytihar oleh parti atau ahli-ahli politik individu.

“Bagi sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli politik atau calon bebas pilihan raya sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu akaun khas yang diwujudkan hanya untuk sumbangan politik,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya