Zambry dipuji di Dewan Negara

Dewan Negara: Zambry Abdul Kadir dipuji jalani tugas dengan baik

gaza
ZAMBRY ABD KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dipuji di Dewan Negara selepas dilihat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam memulihkan hubungan dengan negara lain.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad berkata, Zambry menjalankan tugasnya dengan baik sebagai Menteri Luar.

“Saya dimaklumkan (beliau) sentiasa tidak ada dalam negara, berada di luar negara. Itulah tujuannya Menteri Luar, portfolio tersebut bukan boleh duduk dalam negara. Dia kena selalu berada di luar negara untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Tak payah cakap banyak dalam negara, cakap banyak di luar negara. Alhamdulilah ciri-ciri ini ada pada Menteri Luar kita,” katanya dalam persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Untuk rekod, Zambry kini berada di New York, Amerika Syarikat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Mengulas lanjut, Azhar berkata, terdapat banyak pejabat perwakilan negara berjaya dibuka semula atas usaha Zambry.

“Apabila Menteri Luar memainkan peranan dengan dahsyat, tentu ada pelaburan asing yang akan masuk (disebabkan) adanya kepercayaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya