GOPENG: Seorang tukang gunting rambut tetap meneruskan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya sejak lebih 50 tahun walaupun deretan kedai di premis perniagaan yang disewanya di pekan kecil Kampung Kepayang di sini, banyak yang kosong tanpa peniaga lain. R. Gunasegaran, 72, berkata, dia bekerja sebagai tukang gunting pada tahun 1964 di premis yang sama di pekan itu dan masih meneruskan pekerjaan yang diminatinya itu di tempat yang sama sampai ke hari ini walaupun pekan Kampung Kepayang kini menjadi ‘pekan mati’. Katanya, ketika ini hanya dia dan tiga peniaga lain yang masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya