Calon Bebas tiba di pusat penamaan PRK DUN Pelangai

Calon Bebas tiba di pusat penamaan PRK DUN Pelangai

HASLIHELMY DM Zulhasli (kiri) tiba di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli tiba bagi menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Beliau tiba pukul 9.05 pagi lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu.

Haslihelmy calon ketiga tiba ke pusat penamaan selepas calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dari Pas dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam.

Kerusi N36 Pelangai, diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Susulan itu, SPR menetapkan 23 September ini sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober hari pengundian PRK DUN Pelangai membabitkan 16,456 pemilih berdaftar.

Johari yang kali pertama bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menang di Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Allahyarham menewaskan Kasim (3,260 undi); Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 65 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya