GEORGE TOWN: Pengendali Nature Walk di Bukit Bendera, KP Ong menafikan perkhidmatan di pusat peranginan popular itu lazimnya mengenakan bayaran berlebihan kepada pelancong. Ong yang merupakan pengasas dan pengendali Nature Walk berkata, beliau sendiri menawarkan perkhidmatan percuma yang dinamakan free guided walk untuk pengunjung termasuk pelancong asing. Malah, katanya, perkhidmatan itu ditawarkan sebanyak dua kali setiap hari kepada pengunjung kecuali ketika hari hujan dan keadaan cuaca tidak mengizinkan. “Free guided…










