BN terus pertahan Kerajaan Perpaduan, perkukuh kerjasama PH - Ahmad Zahid

BN terus pertahan Kerajaan Perpaduan, perkukuh kerjasama PH – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi menghadiri Persidangan Tahunan DAP 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini kerana ia benar-benar mencerminkan wajah Malaysia. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau juga mahu hubungan yang baru terjalin khususnya di antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dapat diperkukuhkan sehingga peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kerjasama itu penting bagi memangkin semangat perpaduan sekali gus memimpin negara dengan memberikan khidmat terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. 

“Demi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, perbezaan politik dirungkaikan dan perpaduan dijadikan asas untuk kita bersama membina semula negara, khususnya dalam membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya selepas hadir sebagai tetamu jemputan pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di sini, pagi tadi.

Katanya, beliau bersama beberapa pimpinan UMNO hadir buat pertama kalinya ke persidangan itu setelah penubuhan Kerajaan Perpaduan. 

Ahmad Zahid berkata, beliau melihat kesungguhan DAP untuk mengekalkan perpaduan negara ini menerusi dua ucapan daripada Pengerusinya, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

“Ia (kesungguhan) juga diterjemahkan oleh perwakilan yang saya temui setelah saya menjejakkan kaki ke dewan perhimpunan ini yang juga mahukan kestabilan politik untuk memangkin lebih kejayaan buat Malaysia. 

“Mendengar ucapan Setiausaha Agung DAP sebentar tadi juga ada menyebut Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang inklusif dan mewakili seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Kehadiran Ahmad Zahid pada persidangan itu memecah tradisi apabila beliau menjadi Presiden UMNO pertama menjejakkan kaki ke persidangan tahunan DAP selepas berpuluh tahun menjadi seteru politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya