Berseronok dan beriadah di Sk8te City - Utusan Malaysia

Berseronok dan beriadah di Sk8te City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMANG adakala perasaan malu untuk bermain kasut roda di khalayak umum membuatkan kita menguburkan terus keinginan. Takut terjatuh, diketawakan dan mungkin, takut jika dimalukan.

Tetapi perasaan itu sama sekali kabur terus apabila kaki melangkah ke Sk8te City, Sunway Putra Mall. Perasaan seronok terlebih dahulu menakluk hati terutama ketika mula memilih kasut roda.

Di usia menjengah ke angka 30, ada kala ramai yang merasakan tidak molek untuk kita berkasut roda. Itu adalah permainan riadah untuk kanak-kanak. Bermain dan berseronok.

Namun kita tidak harus meletakkan had usia sendiri. Di Sk8te City, tiada had usia yang ditetapkan. Asalkan anda berseronok dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Dengan harga yang cukup berpatutan, hanya RM50 untuk tiga jam, anda boleh ‘berpusing-pusing’ sepuasnya dan jika anda mahu seharian berseronok, tiket masuk untuk sehari hanyalah RM80.

Untuk kanak-kanak pula, harga yang ditetapkan bermula RM40 untuk tiga jam dan RM70 untuk satu hari.

Anda boleh berhenti sebentar, menikmati hidangan tengahari di sekitar pusat beli belah dan sambung bermain kasut roda.

Selain itu, anda juga boleh menyertai kelas kasut roda dengan harga bermula RM150 untuk satu seni one to one atau berkumpulan dengan harga RM400.

Sepanjang sehari saya berpusing-pusing beriadah, dapat saya simpulkan keseronokan yang berbeza daripada beriadah seperti berjongging dan berzumba.

Malah ahli keluarga yang turut serta juga berseronok dan mahu mengulang semula aktiviti riadah yang mampu mengeluarkan peluh sama seperti aktiviti sukan lain.

Kami pada mulanya perlu memilih kasut roda mengikut saiz kaki sendiri. Jika anda takut sekiranya jatuh, pihak Sk8te City juga menyediakan alat pemegang serta alat keselamatan yang boleh disewakan.

Kepada yang berminat, boleh terus ke Sk8te City Sunway Putra Mall. Jangan lupa untuk berswafoto dan berpeluh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN