Beras Gerai mula jadi pilihan pengguna di Terengganu

Beras Gerai mula jadi pilihan pengguna di Terengganu

SEBAHAGIAN dari Beras Gerai yang akan diedarkan kepada PPK di seluruh Terengganu untuk memenuhi permintaan di pasaran negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Satu lagi beras jenama tempatan kelua­ran Terengganu iaitu Beras Gerai kini semakin mendapat tempat di pasaran negeri ini dan menjadi pilihan pengguna berikutan harganya yang murah dan berkualiti tinggi.

Beras tersebut adalah keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai yang beroperasi di Besut.

Pengurus Besar PPK Gerai, Amrul Azri Shamsuddin berkata, ketika ini pihaknya mengeluarkan Beras Gerai sebanyak 45 tan metrik setiap bulan untuk dipasarkan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kesemua 15 PPK di seluruh Terengganu dijadikan pusat pengedaran beras tersebut seterusnya dijual kepada orang ramai di lebih 30 pasar raya dan kedai runcit sekitar negeri itu.

“PPK Gerai juga bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor untuk me­ngedarkan Beras Gerai bagi menampung permintaan di ne­geri itu.

“PPK Gerai akan meningkatkan pengeluaran beras ini dua kali ganda kepada 90 metrik tan menjelang Disember tahun ini untuk terus memenuhi permintaan di pasaran Terengganu dan Selangor.

“Dalam tempoh 10 tahun lagi, PPK Gerai komited dapat memasarkan Beras Gerai untuk pasaran seluruh negara pula,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika ini, rakyat Malaysia dilanda kebimbangan berikutan bekalan beras tempatan sema­kin meruncing manakala harga beras import pula lebih mahal di pasaran.

Di Terengganu, satu lagi beras keluaran tempatan adalah Beras Ganu yang dikeluarkan Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) untuk memenuhi permintaan di negeri ini.

Amrul Azri berkata, ketika ini, Beras Gerai dijual dengan harga RM13 bagi sekampit lima kilogram (kg) dan RM26 sekampit 10 kg iaitu mengikut harga kawalan beras yang ditetapkan kerajaan.

“Permintaan Beras Gerai dijangka meningkat di pasaran selepas kenaikan harga beras import sejak 1 September lalu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN