KUALA TERENGGANU: Beras keluaran anak syarikat kerajaan Terengganu, Beras Ganu, mendapat permintaan tinggi pengguna ekoran kenaikan harga beras import dan kekurangan beras tempatan lain di pasaran ketika ini. Penasihat Syarikat Al-Amin Barokah Sdn. Bhd, Mohd. Khairul Nizam Mohd. Razali, berkata, permintaan terhadap Beras Ganu meningkat lima kali ganda sejak kenaikan harga beras import 1 September lalu. Menurutnya, ramai pengguna beralih kepada beras berkenaan yang dijual pada harga RM13 bagi sekampit…