KOTA TINGGI: Bermula sebagai pendapatan sampingan, seorang wanita di sini kini memberi tumpuan penuh membuat beg tangan sebagai punca pendapatan utamanya. Nurul Ashikin Salleh, 38, berkata, meskipun lari jauh daripada bidang dipelajari di institusi pengajian tinggi (IPT) dahulu, dia berpuas hati kerana dapat melakukan perkara yang diminatinya sejak kecil. Katanya, meskipun tidak memiliki pendapatan tetap, dia pernah meraih sehingga RM3,000 hasil tempahan daripada para pelanggan. “Saya dahulu belajar diploma kejuruteraan elektronik, lepas habis belajar bekerja sebagai juruteknik di kilang dan beberapa kerja lain. Saya kemudian mula buat beg tangan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya