Banjir: Penduduk Kampung Iboi berjaga-jaga

Banjir: Penduduk Kampung Iboi berjaga-jaga

SEBUAH rumah penduduk yang dinaiki air akibat hujan lebat di sekitar Kampung Iboi, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Penduduk Kampung Iboi diminta bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir apabila hujan lebat sejak petang tadi sehingga menyebabkan air Sungai Iboi kini mengalir deras dan paras semakin meningkat.

Ahli Jawatankuasa Kebajikan Amal Kampung Iboi, Mohd. Isa Mustapa, 28, berkata, setakat ini air sungai masih belum melimpahi jambatan di kampung itu.

“Hujan sejak pukul 6 petang sehingga sekarang masih lebat yang menyebabkan air Sungai Iboi hampir melimpah ke tebing sungai.

“Ada sesetengah tempat yang rendah telah dinaiki air yang datang dari pelbagai arah dan sesetengah rumah di kawasan rendah pula telah dilanda banjir,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sejak hujan bermula, pihaknya turut membantu penduduk kampung menyelamatkan harta benda seperti kenderaan dan sebagainya ke kawasan selamat.

“Penduduk kampung yang tinggal berhampiran pinggir sungai juga diarahkan keluar dari rumah masing-masing ke tempat yang lebih selamat kerana bimbang kemungkinan banjir besar akan berlaku lagi.

“Kami mengarahkan penduduk yang terlibat dengan banjir segera berpindah dan berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi walaupun Pusat Pemindahan Sementara (PPS) belum dibuka lagi,” katanya.

Mohd. Isa berkata, mereka kini menunggu tindakan seterusnya daripada agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan polis. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya