TAPAH: Sebanyak 18 buah rumah terjejas akibat banjir di Kampung Pasir Baru Batu Masjid, Temoh Mukim Chenderiang di sini berikutan hujan lebat petang semalam. Banjir menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Haji Tahir di sini yang menempatkan enam orang daripada dua buah keluarga. Penduduk yang kediaman mereka dinaiki air berkata, banjir berpunca dari hujan lebat selama beberapa jam bermula pada pukul 5 petang hingga…










