Anwar ke China untuk lawatan kerja esok 

Anwar ke China untuk lawatan kerja esok 

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke China bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20, di Nanning, Wilayah Guangxi, China, esok. 

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Anwar hadir ke program berkenaan atas jemputan Premier China, Li Qiang. 

Beliau dijadual menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian CAEXPO dan sidang kemuncak perniagaan dan pelaburan China-ASEAN serta merasmikan Astaka Malaysia bersama Qiang dan pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain. 

“Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Qiang. 

“Kedua-dua pemimpin ini dijangka membincangkan status hubungan dua hala Malaysia-China dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” kata kenyataan itu. 

CAEXPO merupakan acara pameran antarabangsa terbesar yang dianjurkan oleh China dan ASEAN yang berfungsi sebagai saluran bagi ahli perniagaan dan perusahaan daripada rantau ASEAN dan China. 

Ia bertujuan untuk meneroka kerjasama dan mempromosi produk di kawasan perdagangan bebas terbesar dunia. 

Untuk rekod, Malaysia menyertai ekspo itu sejak penubuhannya pada 2004 manakala tahun ini, sebanyak 107 syarikat Malaysia menyertainya di bawah Astaka Malaysia dikoordinasi oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). 

“Antara industri yang dipromosi Malaysia di ekspo tersebut termasuk perkhidmatan, makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahteraan, gaya hidup dan produk hijau,” katanya. 

Kata kenyataan itu, pada 2022, China merupakan rakan dagang terbesar ASEAN dengan nilai dagangan berjumlah RM3.19 trilion iaitu meningkat 7.8 peratus daripada 2021. 

Nilai pelaburan langsung asing dari China ke ASEAN dicatatkan sebanyak RM67.52 bilion pada tahun sama. 

Anwar akan diiringi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin (mewakili Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir); Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN