Anis Rizana wanita pertama dilantik KP Kastam

Anis Rizana wanita pertama dilantik KP Kastam

ANIS RIZANA MOHD ZAINUDIN@MOHD. ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin@Mohd. Zainuddin menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan.

Menurut beliau, Anis Rizana pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan.

“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki beliau mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan cemerlang ke arah mencapai visi Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anis Rizana, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Zuki berkata, beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada tahun 1994.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Zazuli Johan atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam.

“Ini terutamanya sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya