Allianz Malaysia hampir ungguli Kejohanan Badminton MII 20

Allianz Malaysia hampir ungguli Kejohanan Badminton MII 2023

PASUKAN badminton Allianz Malaysia yang muncul juara beregu lelaki dan naib juara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hampir mengungguli sepenuhnya Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023 yang julung kali diadakan apabila memenangi kategori beregu campuran .

Kejohanan ini menampilkan dua kategori, iaitu kategori beregu lelaki yang menyaksikan penyertaan 18 pasangan manakala bergu campuran pula 10 pasangan.

Dalam perlawanan akhir kategori bergu campuran, Kenneth Ho dan Pamela Tee menewaskan rakan sepasukan Abd Razak Ramlan dan Liang Kai Qi, manakala dalam kategori beregu lelaki, Gary Mark Nagan dan Kumar Kannappan kecundang dalam perlawanan akhir kepada pasangan dari Lonpac Insurance.

Allianz Malaysia menghantar lima pasangan beregu lelaki dan campuran dengan dua beregu tewas pada suku akhir iaitu Joson Lim-Khor Shulin dalam beregu lelaki dan Mohd Rasydan-Elaine Fong campuran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN