Aina Abdul nafi punya teman lelaki - Utusan Malaysia

Aina Abdul nafi punya teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul menafikan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka misteri.

Aina yang ditemui ketika sidang media konsert A Night With Aina Abdul 3.0 semalam, memaklumkan berkawan ramai tetapi tidak ada yang istimewa seperti didakwa.

“Saya tak menghalang diri untuk berkawan tapi untuk rapat, tidak. Belum masanya untuk saya tamatkan zaman bujang kerana buat masa ini saya mahu fokus kerjaya.

“Saya manusia biasa, berkawan dengan semua dan suka kepada lelaki kacak dan sedap mata memandang.

“Tapi saya belum mencari cinta dan tak mahu memberi harapan. Saya tak boleh bagi komitmen terhadap perhubungan,” jelasnya.

Sebelum ini timbul desas desus mengaitkan Aina dengan seorang lelaki misteri yang kononnya, individu rapat dengan penyanyi tersebut.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Aina tampil menafikan tentang dakwaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN