Abang Johari naikkan gaji penjawat awam sebelum bersara

Abang Johari beri jaminan naikkan gaji penjawat awam Sarawak sebelum bersara

ABANG Johari Tun Openg merasmikan Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 dan Persidangan Integriti Kebangsaan (PiNK) di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengkaji semula gaji dan pendapatan penjawat awamnya setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, dedah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk menilai skala gaji yang sepadan, namun berkehendakan undang-undang yang sedia ada.

“Saya telah mengarah Setiausaha Sarawak (Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki) untuk menilai dan membuat kajian, kerana kos taraf hidup telah meningkat tetapi gaji masih di tangga yang sama.

“Saya juga telah berunding dengan perkhidmatan awam Sarawak berhubung perkara ini, dan dinyatakan gaji mereka tidak begitu padan dengan kerja mereka. Justeru itu, perlu ada penyelesaian kepada perkara ini,” ujarnya.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 dan Persidangan Integriti Kebangsaan (PiNK) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata dengan angka pendapatan negeri Sarawak yang bertambah, beliau memberi jaminan akan menyelesaikan perkara berhubung kait pendapatan penjawat awam Sarawak sebelum beliau bersara pada bila tiba waktunya.

“Sebab itu kita ambil kira sebelum saya bersara menjadi Premier Sarawak. Marilah kita selesaikan masalah ini.

“Alhamdulillah pendapatan Sarawak telah bertambah satu ganda, dan saya perlu mencari satu penyelesaian kepada perkara ini kerana kalau negara lain boleh, kenapa kita tak boleh,” tegasnya.

Dalam pada itu Abang Johari turut berharap kenaikan gaji ini nanti juga akan memberi kesan positif kepada produktiviti ekonomi sekali gus menjamin pendapatan negeri Sarawak pada masa hadapan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN