UMT perkasa lima Kumpulan Penyelidikan Berfokus - Utusan Malaysia

UMT perkasa lima Kumpulan Penyelidikan Berfokus

MAZLAN Abd. Ghaffar (berdiri, tengah) bergambar bersama pengamal media pada majlis santai warga UMT bersama pengamal media Terengganu di UMT, Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang memperkasakan lima Kumpulan Penyelidikan Berfokus (SIG) mengikut bidang tujahan UMT sebagai usaha memperoleh penyelidikan berimpak tinggi dan mampu menawarkan solusi kepada pelbagai permasalahan negara.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, lima SIG tersebut ialah Jaminan Makanan, Data dan Sains Digital, Sains Kelautan dan Persekitaran Lestari, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Marin serta Maritim dan Sains Komuniti.

Menurutnya, dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi, penubuhan SIG itu diharap mampu menjadi  sumber rujukan di dalam bidang masing-masing dan yang paling utama, mampu memberikan pelbagai penyelesaian kepada isu atau permasalahan negara.

“Selain itu, UMT juga sedang merancang untuk menubuhkan Pusat Kelestarian yang berfungsi sebagai titik fokus untuk mempromosi dan memajukan inisiatif kemapanan dalam institusi dan komuniti sekitarnya. 

“Pusat ini memainkan peranan penting dalam menangani cabaran yang ditimbulkan oleh isu alam sekitar, sosial dan ekonomi serta  berfungsi sebagai hab untuk aktiviti berkaitan kelestarian, penyelidikan, pendidikan dan penglibatan masyarakat.

“Insya-Allah, dengan kepakaran dan inovasi penyelidikan yang dijalankan di UMT serta perancangan masa hadapan, saya yakin ia dapat membantu pihak pembuat dasar atau polisi di pihak kerajaan mahupun agensi dalam menyelaras serta mengharmonikan inisiatif penyelidikan ke arah visi dan matlamat yang dipersetujui bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis santai warga UMT bersama pengamal media dari pelbagai agensi di Terengganu, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, UMT juga telah mendapat penarafan Berdaya Saing melalui keputusan Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) Tahun 2022 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada September lalu.

Menurutnya, sebanyak 104 institusi pengajian tinggi bertaraf universiti dan kolej universiti telah menyertai penarafan SETARA dan IPT dinilai merangkumi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan serta satu kategori pencapaian umum universiti. 

“Ini secara jelas menunjukkan perancangan strategik lima tahun UMT yang bermula pada 2018 telah menunjukkan hasil yang cemerlang dan bagi mengekalkan momentum kecemerlangan ini berterusan, perancangan baharu akan dibuat untuk tempoh 2023 hingga 2027.

“Semoga ia akan menjadi platform terbaik UMT untuk terus bergerak ke hadapan dalam melonjakkan pencapaian dan fungsi utama UMT. Dengan mengambil kira pencapaian Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA), UMT kini adalah antara universiti terbaik di kalangan universiti bukan penyelidikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya