3 kawasan Sarawak catat bacaan IPU tidak sihat

3 kawasan Sarawak catat bacaan IPU tidak sihat

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks pencemaran udara (IPU) di tiga di kawasan Sarawak merekodkan bacaan yang tidak sihat setakat pukul 2 petang tadi. 

Bacaan tidak sihat itu direkodkan di Sri Aman, Kuching dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian. 

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman merekodkan bacaan IPU paling tinggi dengan bacaan 157. 

Selain itu, Kuching dan IPD Serian masing-masing mencatatkan bacaan IPU 139 dan 137. 

Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di negara ini merekodkan bacaan IPU baik dan sederhana. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN