Dua nelayan ditahan bersama syabu bernilai kira-kira RM660,000

Dua nelayan ditahan bersama syabu bernilai kira-kira RM660,000

syabu
MOHD. ASRI Shafie (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas polis daripada satu sindiket dalam sidang akbar di IPD SPU, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Polis merampas hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 selepas menahan dua nelayan dalam serbuan di Penaga, Kepala Batas, dekat sini Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 50 dan 42 tahun itu ditahan menerusi serbuan kira-kira pukul 7 petang itu oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis IPD SPU, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek berkenaan ditahan ketika berada di dalam kereta berhampiran jeti Kuala Bekah.

“Berdasarkan risikan awal, bekalan syabu yang dipek di dalam 20 bungkusan teh Cina itu dibawa dari Kuala Lumpur dan akan dihantar ke Indonesia melalui jeti terbabit.

“Kedua-dua suspek ini ditugaskan untuk menghantar bekalan terbabit dan menerima upah sebanyak RM4,000 bagi setiap kg syabu yang dibawa.

“Turut dirampas sebuah bot gentian kaca milik salah seorang suspek dan sebuah kereta Toyota Harrier menjadikan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM860,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak awal tahun ini dengan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dadah.

“Ujian saringan air kencing pula mendapati kedua-keduanya positif dadah jenis syabu.

“Mereka direman selama enam hari berakhir Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya