10 merusuh selepas kemalangan ditahan polis - Utusan Malaysia

10 merusuh selepas kemalangan ditahan polis

Rusuh Pulau Carey
AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh menunjukkan batang rotan yang digunakan suspek dalam insiden rusuh dekat sebuah bulatan di Pulau Carey, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, pada Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Polis menahan 10 lelaki dipercayai terlibat dalam insiden merusuh susulan kemalangan jalan raya dekat sebuah bulatan di Pulau Carey, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan penarikan kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Pada Khamis lalu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 16 tahun kira-kira pukul 12.48 tengah malam kelmarin yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki dalam kemalangan tersebut di kawasan Telok Panglima Garang kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 6 petang hingga 8 malam pada hari sama, sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 6 lelaki di sekitar kawasan Banting.

“Kira-kira sejam kemudian, polis menahan empat lagi lelaki di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, masing-masing berusia 15 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, semakan terhadap rekod jenayah lampau mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamin dan ganja. Oleh demikian, kesemua suspek direman selama tiga hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan menyeru saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat.

Atau boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Abd. Rahman di talian 013-9789096. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya