Tapak khusus campervan di Port Dickson

Tapak khusus campervan di Port Dickson

SATU kawasan khas akan disediakan kepada pengguna campervan di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan bagi tujuan aktiviti perkhemahan. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak 12 lot tapak untuk pengguna karavan atau campervan (van perkhemahan) disediakan di Pantai Batu 5 di sini bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti perkhemahan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd. Esa berkata, kemudahan terbaharu untuk tarikan pelancong itu dijangka siap disediakan menjelang hujung tahun ini.

Katanya, tapak campervan itu adalah di bawah kelolaan MPPD dan disediakan menerusi peruntukan kerajaan negeri.

“Ketika ini ia sedang dalam proses sebut harga, fasiliti dan kemudahan pelancong ini akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini dan kami mengharapkan dengan program, aktiviti, kemudahan yang disediakan dapat meningkatkan lagi kunjungan pelancong ke Port Dickson,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zamri berkata, bangunan Pasar Lama, Port Pickson menjadi lokasi ketiga lukisan mural berlampu yang menjadi tarikan terbaharu orang ramai ke bandar itu.

“Sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bagi penyediaan mural di kawasan ini.

“Sedia maklum kawasan ini tidak menerima kunjungan orang ramai bermula pukul 7 hingga 8 malam, oleh itu MPPD berhasrat supaya pekan Port Dickson dikunjungi ramai dengan terdapatnya mural yang indah dan bercahaya dijangka bermula bulan Oktober ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×