Syasya Dolla, jawablah dengan profesional - Utusan Malaysia

Syasya Dolla, jawablah dengan profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga pada awalnya tak tahu yang anggota kumpulan Dolla ini terpalit dengan kontroversi yang mana kononnya, ada video tular di media sosial dan memaparkan dirinya sedang minum arak di sebuah kelab malam.

Sesungguhnya, Cik Bunga memang tak terkejut pun kalau ada artis dan selebriti yang ‘tertangkap’ dengan netizen dengan kelakuan seperti ini.

Kalau Cik Bunga boleh sindir, iya, kalau tak minum, mungkin golongan artis seperti ini rasa macam tak cool dan tak urbanlah. Sama juga kalau dalam bab berpakaian.

Tapi bab seksi ini pun sudah lapuk kalau kita nak ulas lagi.

Pun begitu, kata teman-teman industri, semasa berpeluang bertemu dengan Syasya dalam satu acara hiburan di ibu kota, ada yang mengajukan pertanyaan mengenai hal tersebut ketika menemu bual dirinya.

Antara dua saja jawapan yang mungkin boleh dijawab oleh Syasya, sama ada mengaku atau tidak.

Namun, Syasya nampaknya lebih memilih untuk membuat mimik muka yang menjengkelkan di hadapan orang ramai berbanding menjawab secara profesional.

Bagi Cik Bunga, Syasya ada peluang itu untuk membersihkan nama baiknya.

Boleh saja jawab dengan profesional dan kita pun boleh anggap kontroversi itu bagai angin lalu.

Maklum sajalah, dunia hiburan ini bersilih ganti artis dan selebriti timbul dengan kontroversi.

Paling tidak, kalau tak tahu hendak mengendalikan sesi temu bual, bincanglah dulu dengan pengurus artis sebelum hadir ke acara hiburan yang tentu-tentunya akan ada wartawan dan pelbagai media lain.

Cik Bunga harap, baik Syasya, anggota Dolla yang lain atau mana-mana artis baharu, boleh jadikan ini sebagai pelajaran.
Artis tidak lari daripada tembakan soalan-soalan yang tidak semestinya perlu ‘baik’ sahaja.

Kalau mahu jaga nama baik, mahu keluar cerita baik-baik saja tentang diri, jangan jadikan dunia seni hiburan ini sebagai satu kerjaya.

Kepada pengurus artis pula, Cik Bunga rasa mungkin boleh sediakan kursus pemantapan komunikasi pada artis-artis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya