Sindiket curi kabel tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket curi kabel tumpas

Curi kabel
AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh (kanan) menunjukkan gulungan kabel dipercayai dicuri, dirampas polis ketika menangkap seorang suspek dekat Tanjong Sepat, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Polis menahan reman seorang lelaki dekat Tanjong Sepat, di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri kabel pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

Menurutnya, kumpulan berkenaan dipercayai aktif menjalankan aktiviti mencuri kabel sejak tiga bulan lalu.

“Lelaki berkenaan berada dalam kenderaan ketika ditahan polis, susulan itu polis masih mengesan dua lagi suspek merupakan rakan sejenayah bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ketika tangkapan, polis turut menemukan 17 kabel yang tertera tulisan ‘Telekom Malaysia’ dianggarkan bernilai RM40,000 bersama sebilah pemotong kabel dan pisau pemotong daging serta sebotol dipercayai ketum dengan anggaran isipadu 1.2 liter.

Jelasnya, hasil siasatan, polis mendapati suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

“Polis telah percaya telah menyelesaikan empat kes kecurian kabel di sekitar kawasan Tanjong Sepat dan polis juga menjalankan siasatan bagi mengesan dua lagi suspek terbabit yang masih bebas.

“Suspek  direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua duanya sekali,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya