‘Sekali terkucil bukan bererti tak boleh menyanyi’ - Utusan Malaysia

‘Sekali terkucil bukan bererti tak boleh menyanyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEGAGALAN persembahan Siti Nordiana di pentas Anugerah Juara Lagu beberapa tahun lepas masih lagi menjadi tanda tanya ramai peminat, mengapa semua itu boleh terjadi.

Sehingga kini, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana tidak pernah membuka mulut menjawab punca dia gagal memberi yang terbaik ketika menyampaikan lagu Angkara itu.

Persembahan Nana secara langsung di pentas TikTok Awards baru-baru ini juga menjadi bahan bualan peminat. Pita suaranya ada masalahkah? Adakah dia juga berdepan masalah berkaitan vokal?

Malah penglibatannya dalam Gegar Vaganza musim baharu juga menimbulkan kerisauan. Mampukah dia mengekalkan kejuaraannya di kala dia perlu bersaing dengan semua pemenang Gegar Vaganza dari musim pertama hingga sembilan?

HITS dapatkan Nana!

Penglibatan Nana dalam GV All Stars menimbulkan pelbagai reaksi. Sudah pasti ramai yang teruja namun dalam pada masa yang sama, ada yang khuatir dengan kualiti vokal Nana? Komen sikit.

Ya, mungkin ada yang perasan dan tahu, saya sebenarnya berdepan masalah vocal chord sejak tahun lepas lagi. Sedikit sebanyak itu memberi impak yang sangat besar terutama ketika persembahan secara langsung.

Selepas positif Covid-19 lima kali, itu memberi kesan yang sangat besar terutama kepada pernafasan, paru-paru dan vocal cord saya. Saya masih dalam proses penyembuhan.
Ada kala rasa macam penatnya nak nyanyi. Saya dapat rasa sesuatu yang tidak best bila mahu menyanyi disebabkan oleh masalah vocal chord itu. Tak dapat bagi all out dalam menyanyi.

Jadi Nana sudah bersedia dan terbuka sekiranya dikecam atau dikritik gara-gara gagal memberi persembahan yang diharapkan penonton?

Saya selalu pesan kepada diri sendiri untuk terbuka dan terima segala kritikan tidak kira positif atau negatif. Itu adalah lumrah kita sebagai penyanyi. Tak akan dapat puaskan hati semua orang.

Dikritik bukan bererti saya tak boleh menyanyi. Terkucil pun tidak menjadikan kita seorang penyanyi yang gagal. Perkara itu terjadi. Nama pun penyanyi kan? Kita sebagai manusia sendiri pun tidak sempurna.

Cuma apa yang saya boleh buat adalah sentiasa memperbaiki diri dan persembahan. Baik pulih stamina dan pastikan masalah vocal cord ini sembuh secepatnya.

Bila Nana kesan masalah vocal cord ini?

Sejak tahun lepas saya sudah dapat rasakan ada masalah pada pita suara. Tetapi saya mula dapatkan rawatan secara intensif dengan pakar sejak bulan Jun hari itu. Sekarang masih dalam rawatan.

Saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan tetapi harus pantau pita suara untuk tiga bulan ini. Memang ada kerisauan, yelah GV ini kan satu pertandingan. Tetapi saya harus fikirkan keadaan kesihatan diri juga.

Kenapa tidak tolak sahaja tawaran GV?

Takkan saya mahu mengalah awal. Saya takkan tahu jika tidak cuba. Daripada takut suara terkucil, lebih baik saya cabar diri. Saya pun sudah bersedia dengan segala kemungkinan di atas pentas.

Saya juga mahu memberi penghargaan kepada produksi GV yang telah memberi peluang kepada saya ketika musim kedua. Jika tidak ada GV, mungkin jalan untuk kembali aktif dalam industri jadi sukar.

Adakah masalah vocal cord ini memberi impak besar terhadap tawaran persembahan?

Alhamdulillah, setakat ini tawaran seperti biasa cuma untuk keluar di layar kaca itu jarang. Saya tak berani sangat nak ambil tawaran persembahan secara langsung di TV.
Dalam pada masa sama, kena menyanyi juga bila diundang sebab inilah mata pencarian saya. InsyaAllah, doa yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya