PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar memuat naik hantaran di Instagram Story mengenai suaminya beberapa jam lalu.
Jarang memuat naik sebarang perkongsian mengenai Syamsul, Ira dilihat memberanikan diri memuat naik video pendek mengenai selebriti itu yang memakai baju bercorak bunga-bunga dengan topi.
Menerusi hantaran itu, Ira turut menyertakan sebaris ayat yang menandakan mereka sedang dalam fasa bahagia sebagai pasangan suami isteri.
“Kami gembira menjalani kehidupan sekarang. Sayang awak Encik Suami,” tulisnya ringkas dalam media sosial tersebut.
Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu, selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi sendiri berita berkenaan menerusi sepotong video dalam Instagramnya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak memfailkan penceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.