Rempah JJ Mak Pon jadi buruan di MJF 202

Rempah JJ Mak Pon jadi buruan di MJF 2023

NOR AZIDAH menunjukkan pes rempah JJ Mak Pon yang dijual di reruai daerah Muar sempena Festival Majestic Johor 2023 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Produk dae­rah Muar, JJ Mak Pon yang ter­kenal dengan rempah mi ban­dung menggandakan kuantitinya untuk para pengunjung Festival Majestic Johor (MJF) 2023 yang sedang berlangsung hingga 3 September ini di Puteri Harbour, di sini.

Pengusahanya, Nor Azidah Ali, 29, dan suaminya, Muhammad Nafis Abdul Hamid, 27, kali kedua menyertai festival ber­kenaan. 

Kali ini mereka menjual sebanyak 1,000 pek rempah khas untuk pengunjung festival itu berbanding hanya 500 pek pada tahun lalu.

“Tahun lepas kita capai sasaran, iaitu 500 pek untuk jualan sehari. Sebab itu tahun ini kita bawa tambahan untuk pengunjung. Alhamdulillah jika tahun lepas kita boleh tersenyum meskipun berpanas terik pada festival ini kerana jualan kita laris.

“Rempah mi bandung adalah sangat dicari orang ramai kerana rempah kami memang sudah dikenali di negeri Johor.

“Selain rempah mi bandung, kami juga menjual rempah ikan bakar dan soto. Uniknya rempah ikan bakar yang kita buat boleh jadi ibu sambal untuk masakan lain dan produk ini amat digemari bagi mereka yang bekerja kerana memudahkan mereka untuk masak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi pengunjung yang tidak berkesempatan memiliki pes JJ Mak Pon boleh mendapatkannya sepanjang festival itu berlangsung.

Orang ramai juga boleh merasai keenakan mi bandung Muar yang dimasak menggunakan rempah JJ Mak Pon pada festival itu.

“Tidak dinafikan tahun lepas ramai yang tidak dapat kerana stok kita sudah habis dan ada juga yang terpaksa kami pos. Jadi, bagi yang tidak berkesempatan dapatkan rempah kami tahun lepas, boleh dapatkannya dengan datang ke festival ini.

“Kita juga ada tester kerana pihak Pejabat Daerah Muar yang masak mi bandung menggunakan pes JJ Mak Pon dan boleh rasai sendiri kemudian boleh terus beli sahaja,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN