PETALING JAYA: Seramai 37 pegawai dan anggota polis dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam pemberian rasuah kepada ahli patologi untuk ujian saringan air kencing sejak 2018 hingga 2022.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan anggota berkenaan.
“Tangkapan dilakukan oleh SPRM dan bagi setiap tangkapan itu, JIPS akan membuka kertas siasatan atas kesalahan tatatertib,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN