PRN: Semua parti bertanding berpeluang menang - Utusan Malaysia

PRN: Semua parti bertanding berpeluang menang

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada Kenduri Rakyat Terengganu di Seberang Jertih, Besut, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap peluang  parti-parti yang bertanding untuk menang dalam pilihan raya negeri (PRN) masih terbuka selepas kempen memasuki hari ke empat hari ini.

Beliau berkata, parti-parti terlibat juga tidak boleh mendakwa bakal menyapu bersih dan mendapat kemenangan besar dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Sehubungan itu, katanya, semua calon yang  bertanding masih mempunyai peluang melakukan kejutan walaupun pada peringkat awal calon tersebut dilihat tidak peluang memenanginya.

“Setiap parti yang bertanding mempunyai kepercayaan mereka boleh menang. Jadi siapa-siapa pun yang bertanding, walaupun ‘underdog’ tetapi peluang (menang) sama sahaja.

“Yang pentingnya, bagaimana usaha dilakukan untuk mencapai kemenangan. Hari ini saya lihat ramai jentera Barisan Nasional (BN) ada di sini,” katanya ketika ditemui selepas Kenduri Rakyat Terengganu di Seberang Jertih, di sini, hari ini.

Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh. 

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, jentera BN perlu bekerja keras sehingga hari mengundi untuk mencapai kemenangan dalam PRN ini.

Katanya, beliau juga mendoakan BN dapat  memenangi di enam negeri yang bertanding nanti.

“Jadi kita mesti bekerja keras sehinggalah diumumkan siapa yang menang, bekerja (sampai) garisan penamat. Jadi saya doakan BN menang,” ujarnya.

Ditanya mengenai keyakinan pemimpin Pas memenangi kesemua 32 DUN di Terengganu, Ismail Sabri berkata, BN juga kata boleh menang dan menyasarkan dapat membentuk kerajaan negeri.

“Pas kata dia menang 32  DUN. BN pun kata boleh menang, cuma saya tak tahu berapa yang disasarkan oleh UMNO Terengganu. Setiap parti yang bertanding akan menyasar dapat membentuk kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya