PRN: Kemenangan PN referendum rakyat tolak kerajaan Pusat - Utusan Malaysia

PRN: Kemenangan PN referendum rakyat tolak kerajaan Pusat

MUHYIDDIN Yassin (kiri) menyampaikan ucapan pada Program Santai Petang di Kuala Nerus, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) penting sebagai referendum atau pungutan suara bagi menolak Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun keputusan PRN di enam negeri itu tidak akan mengubah kerajaan Pusat, tetapi kemenangan PN penting sebagai isyarat rakyat ingin perubahan dalam kerajaan tersebut..

“Walaupun ini bukan Pilihan Raya Umum (PRU) yang bertujuan membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi seramai 9.7 juta pengundi iadalah pengundi yang sama (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Jadi kita (PN) mahu menunjukkan dengan jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku sekarang.

“Ini yang kita sebutkan referendum, iaitu rakyat keluar (mengundi) dan menyatakan mereka menolak kerajaan hari ini. Kita harap ianya berlaku dalam PRN,” katanya.

Muhyddin berkata demikian kepada pemberita selepas Program Santai Petang di sebuah hotel di Kampung Telaga Batin, di sini, hari ini.

Turut hadir, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Yahaya Ali.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin rakyat di enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan membuat pilihan tepat dengan mengundi calon PN.

Beliau menjelaskan, PN hanya bercakap yang benar iaitu memberi penjelasan mengenai kegagalan kerajaan Persekutuan yang didakwa berbohong kepada rakyat setiap masa.

“Kita perlu memberi kesedaran kepada rakyat, baru mereka dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang betul,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya