PRN: Fahmi bertuah dapat sokongan pemimpin kanan PKR pertahan DUN Pantai Jerejak - Utusan Malaysia

PRN: Fahmi bertuah dapat sokongan pemimpin kanan PKR pertahan DUN Pantai Jerejak

CALON PH daripada PKR bagi kerusi DUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol ketika turun berkempen dan bertemu pengundi di kawasan ditandinginya di Bayan Baru, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, 32, tidak turun ke gelanggang politik dengan tangan kosong.

Sebaliknya, Fahmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang bertuah kerana kempennya turut dibantu ahli politik senior Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Malah, tambah istimewa, kempen Fahmi turut mendapat sentuhan Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang turun berceramah bersamanya pada jelajah Ceramah Mega Madani, di Sungai Ara, di sini, kelmarin.

Menurut Fahmi, beliau sangat bertuah kerana kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mempertahankan kerusi DUN Pantai Jerejak mendapat bantuan secara langsung daripada pimpinan dan nama-nama besar dalam PKR.

CALON PH daripada PKR bagi kerusi DUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol ketika turun berkempen dan bertemu pengundi di kawasan ditandinginya di Bayan Baru, Pulau Pinang kelmarin.

”Kehadiran pemimpin senior ini ternyata menyuntik semangat saya untuk meneruskan kempen bagi memastikan kerusi DUN Pantai Jerejak kekal milik PKR dan PH.

”Saya mendapat nasihat serta tunjuk ajar secara langsung daripada pemimpin senior dan sudah pasti mereka turut memberi ilmu bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat sekiranya saya menang nanti,” katanya di sini hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau akan menggunakan pengalaman sebagai ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi membantu penduduk di DUN Pantai Jerejak menyelesaikan isu-isu perbandaran yang dihadapi di situ.

”Rata-rata pengundi di sini mahukan keadaan persekitaran yang bersih serta tersusun, longkang yang tidak tersumbat, sampah yang dikutip mengikut jadual dan sebagainya.

”Mereka mahukan hidup yang selesa dan tidak dibelenggu dengan masalah perbandaran, jadi saya akan menggunakan ‘networking’ yang ada semasa menjadi ahli majlis untuk membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan melaksanakan pecutan akhir kempen bermula minggu ini selepas selesai pusingan pertama kempen pada minggu lalu.

”Saya akan meneruskan kempen bertemu pengundi dari rumah ke rumah kerana cara itu lebih efisien dan pengundi dapat mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN