PRN: Dua daripada tiga EXCO PKR Selangor kecundang - Utusan Malaysia

PRN: Dua daripada tiga EXCO PKR Selangor kecundang

Exco
MOHD. Zawawi Ahmad Mughni ditemui pemberita pada sidang akhbar khas PH-BN di Klang, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua Exco Kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selepas tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor semalam.

Mereka ialah Mohd. Khairuddin Othman (DUN Paya Jaras) dan Mohd. Zawawi Ahmad Mughni (DUN Sungai Kandis) manakala Borhan Aman Shah menang di DUN Tanjong Sepat.

Mohd. Khairuddin yang juga Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri tewas kepada bekas Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Datuk Dr Ab. Halim Tamuri.

Beliau memperoleh 25, 541 undi, manakala Ab. Halim yang juga calon Perikatan Nasional (PN) mendapat 27, 527 undi dengan perbezaan 1,986 undi.

DUN Sungai Kandis pula menyaksikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor tewas kepada calon PN.

Mohd Zawawi memperoleh 28, 759 undi berbanding Wan Dzahanurin Ahmad yang mendapat 28, 926 undi dengan majoriti tipis 167 undi.

Namun, Borhan yang juga Exco Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor memperoleh kemenangan di DUN Tanjong Sepat.

Beliau menang selepas memperoleh majoriti 2, 524 undi dengan menewaskan calon PN, Sabirin Marsono.

Borhan mendapat 13, 860 undi, manakala Sabirin pula meraih 11,336 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya