BN mampu menang lebih lima kerusi DUN Selangor - Amirudin

BN mampu menang lebih lima kerusi DUN Selangor – Amirudin

BN Selangor
AMIRUDIN Shari ketika berucap pada ceramah itu di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Pakatan Harapan (PH) yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu mengekalkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, momentum itu berdasarkan sokongan positif rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dilihat memihak kepada gabungan berkenaan.

Jelas beliau yang juga Pengerusi PH Selangor, kerusi BN berkemungkinan dimenangi lima atau lebih daripada itu

“Jika kemenangan itu dapat dicapai, saya yakin PH dan BN mampu memperoleh antara 38 hingga 40 daripada 56 kerusi yang ditandingi.

“Saya percaya rakyat sudah bijak membuat penilaian dan sokongan kini berada pada tahap 60 hingga 70 peratus membuat keputusan (menyokong kerajaan negeri),” katanya ketika ditemui pada Ceramah Umum PH di Sekinchan di sini, malam tadi.

Tambah Amirudin, semua jentera bagaimanapun diingatkan supaya tidak memandang rendah kepada pihak lawan.

“Kita akan terus bekerja keras kerana pelbagai isu (ditimbulkan pembangkang) turun dan naik pada setiap hari,” ujarnya.

Ditanya peluang PH-BN menang di utara Selangor, beliau memberitahu, kerjasama gabungan itu kekal teguh untuk terus menawan hati pengundi.

“Momentum kemenangan bukan saja di kawasan bandar, tetapi di utara Selangor  yang majoritinya pengundi Melayu.

“Kita yakin kawasan itu juga akan memihak kepada kerajaan negeri dan mampu kekal bagi memastikan pemerintahan kerajaan negeri dapat diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya