Potensi Malaysia hub teknologi baharu

Potensi Malaysia hub teknologi baharu

WAKIL syarikat bergambar bersama dalam satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan UAE Alternate Commodities Index Worldwide (ACIGOLD) kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia dalam usaha memperkenalkan aplikasi audio video ACI CHAT.

Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD, Datuk Sheikh Jamal berkata, platform inovatif itu diusahakan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan Blockchain Sabah yang kini terdapat dalam versi Android dan iOS selepas melihat potensi Malaysia dalam aspek berkenaan.

Beliau berkata, aplikasi itu bagi membolehkan pengguna berhubung bersama keluarga dan rakan di samping memberi peluang menjana pendapatan menerusi aplikasi berkenaan.

“Matlamat kami adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga meneroka pasaran baharu dalam dunia perniagaan.

“Apa yang penting, aplikasi ini memberi satu lembaran baharu kepada yang dapat memudahkan pengguna dari seluruh dunia ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheikh menambah, selain ACI CHAT, ACIGOLD juga menawarkan ekosistem pelbagai fungsi yang merangkumi satu aplikasi Mesyuarat Secara Langsung dalam talian dikenali ACI LIVE.

Menurutnya, aplikasi mesyuarat itu membolehkan pengguna menjalankan mesyuarat, seminar dan persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia tanpa perjalanan fizikal dan mengurangkan kos yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN