Polis terima tiga laporan berkaitan fitnah tutup pusat tahfiz - Utusan Malaysia

Polis terima tiga laporan berkaitan fitnah tutup pusat tahfiz

Pusat tahfiz
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menerima tiga laporan terhadap kenyataan fitnah berkaitan dakwaan terdapat arahan penutupan 200 pusat tahfiz di negeri ini sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sana.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan polis tersebut disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Ada tiga report (laporan). JSJ BA (Bukit Aman) buka siasatan. Bukit Aman buka (siasatan) daripada laporan di Perak di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kesal terhadap fitnah berkenaan yang dilemparkan kepada pihak berkuasa agama Selangor dan pihak berkuasa tempatan.

Fitnah tersebut kononnya lebih daripada 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup yang mengakibatkan beribu pelajar tahfiz telah hilang tempat untuk belajar. 

“Sesungguhnya fitnah sebegini amat tidak bertanggungjawab dan amat beta kesali kerana secara tidak langsung merisaukan para ibu bapa dan boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di Selangor.

“Beta mahu mereka yang sering melemparkan fitnah dan tohmahan agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum melontarkan sebarang tohmahan yang tidak berasas,” titah baginda selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sempena Mesyuarat MKI Kali Ke-70, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya