Polis panggil peserta mogok lapar tahanan SOSMA - Utusan Malaysia

Polis panggil peserta mogok lapar tahanan SOSMA

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis akan memanggil penganjur dan peserta kumpulan mogok lapar di pintu masuk Penjara Sungai Buloh dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan merakam percakapan individu yang terlibat bagi membantu siasatan.

Katanya, pemerhatian polis mendapati semua peserta mogok lapar itu dilaporkan telah bersurai di lokasi tersebut.

“Justeru, kita akan memanggil mereka ini dalam masa terdekat bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 100 ahli keluarga 69 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) melancarkan mogok lapar di hadapan penjara itu sejak Isnin lalu.

Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar dilaporkan berkata, bantahan itu bagi menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan undang-undang pencegahan.

Tahanan SOSMA itu melibatkan dua penjara iaitu 34 orang di Penjara Sungai Buloh dan selebihnya di Penjara Alor Setar.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh telah menegaskan ahli keluarga kepada tahanan SOSMA diminta menamatkan tindakan mogok lapar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya