PN optimis menang PRN dengan majoriti besar - Utusan Malaysia

PN optimis menang PRN dengan majoriti besar

PN
HAMZAH Zainudin bergambar bersama pengunjung pada program Pentas Setiausaha Agung PN di Shah Alam, Selangor malam tadi. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) dilihat optimis untuk menguasai keenam-enam negeri termasuk tiga dikuasai Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini dengan majoriti besar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, partinya yakin mencapai keputusan tersebut berdasarkan kajian daripada lapangan yang dibuat oleh pengkaji sendiri sejak kempen calon bermula pada 29 Julai lalu.

“Saya dapat panggilan daripada seorang kawan tinggal di London, United Kingdom (UK) bahawa beliau akan pulang ke Malaysia esok (Jumaat) semata-mata untuk mengundi (di salah sebuah negeri).

“Jadi, saya seru kepada semua rakyat yang layak menjadi pengundi untuk mengundi pada Sabtu ini dan beri peluang kepada PN untuk menjadi kerajaan di kesemua enam negeri,” katanya pada program Pentas Setiausaha Agung PN, malam tadi.

Beliau menambah, kemenangan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu akan menjadi referandum besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat menolak Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Jelas Ketua Pembangkang itu, rakyat kini muak dengan tindakan Anwar yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak menyelesaikan masalah yang dibelenggu rakyat ketika ini seperti kenaikan harga barang, penyusutan nilai ringgit dan lain-lain lagi.

“Apa yang dia (Anwar) pandai cakap adalah perkataan sakau setiap kali dia berucap, menyanyi dan menari. Hei, apa jenis Perdana Menteri yang kita dapat ini.

“Kita nak Perdana Menteri yang boleh urus pentadbiran kerajaan serta ekonomi negara. Bukan Perdana Menteri yang jenis macam ini,” sindirnya.

Justeru itu, Hamzah memohon pengundi memilih parti yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang, supaya mereka boleh mendapat kesenangan disebabkan ditadbir oleh kerajaan negeri yang baik.

Selain orang Melayu, beliau turut memberi jaminan bahawa nasib masyarakat Cina dan India di kesemua negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini akan terus terbela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya