PN lapor polis dakwa PH sogok pengundi Morib - Utusan Malaysia

PN lapor polis dakwa PH sogok pengundi Morib

Morib
ZULKIFLI Mohamad (dua, kiri) ditemui pemberita selepas hadir ke IPD Kuala Langat bagi membuat laporan polis terhadap PH yang didakwanya cuba menyogok pengundi dengan bantuan dan jamuan makanan dekat Morib di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pas kawasan Kuala Langat membuat laporan polis terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan menganjurkan program berunsur sogokan untuk memancing pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Morib.

Ketua penerangannya, Zulkifli Mohamad Harun berkata, antara program tersebut adalah jamuan makan yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Putra Kampung Sawah serta bantuan mangsa ribut.

“Laporan ini kami buat kerana program-program tersebut bertentangan dengan apa yang disebut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kami meminta pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kita juga membuat laporan berhubung penyampaian bantuan untuk mangsa-mangsa yang terlibat dengan ribut di Morib oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam sedangkan ribut tersebut telah hampir dua bulan berlaku. Saya ingin mempersoalkan mengapa bantuan diberi semasa kempen PRN,” katannya ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IDP) Kuala Langat, hari ini.

Beliau menambah, satu laporan polis turut dibuat melibatkan pemberian sumbangan barangan oleh Barisan Nasional (BN) ketika berkempen baru-baru ini.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir program Kenduri Rakyat bersama penduduk Kampung Sawah dan kehadirannya disambut Hasnul Baharudin dan calon BN bagi DUN N.51 Sijangkang, Mohd. Al Hafizi Abu bakar.

Sebelum itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menghadiri program penyerahan bantuan sumbangan bernilai RM76,000 kepada 152 pemilik rumah yang terkesan dengan bencana ribut di sekitar Morib pada 14 Jun lalu.

PH meletakkan bekas Timbalan Speaker, Hasnul yang merupakan penyandang DUN Morib bagi mempertahankan kerusi tersebut pada PRN ini.

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan sogokan sedemikian adalah tidak wajar terutama ketika semua parti-parti politik berkenaan terlibat dengan kempen PRN sehingga 11 Ogos ini.

Menurut, pihaknya juga ingin perkara tersebut disiasat berdasarkan tata kelola sebenar kempen pilihan raya yang digariskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) amnya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) khasnya.

“Kita berharap pihak polis menyiasat dakwaan pihak kami. Segala bukti dan gambar telah kami serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya